Archive for June, 2008

:: a column of babblingz ::

Sunday, June 29th, 2008

salam…

today is Monday, 30th of june.. which is a special day coz it’s the last day for me to be here, in this glass room..

it’s a waste if i don’t write something in this blog today, so i decided to put my fingers on this keyboard n start typing..

but i’ve a very limited time right now coz i’ve to be at hentian putra b4 10 a.m (now is 8.36am) to visit my buddies in terengganu .. actually i’ve a lot of things to say but not today la.. i’ll continue my writing after returning home.. gtg.. i’ve 2 rush! sorry~ till nex time

thursday, 3rd of july (OMG, tomorrow’ll b ummi’s birthday!)

i’ve just arrived from trengganu dis morning.. arriving at putra around 5am > subuh @ surau putra > took komuter to shah alam (mayb da 2nd or 3rd trip of komuter service 4 today, but not da 1st for sure) > arrived @ 7.15am > fetched by abah to home.. (luckily abah was still @ home, not yet to his office).. n finally i’m home @ 7.30am [lebey kurang la].

around 8am kot, i ate kopok losong (bought @ ganu) with amru my lil bro while abah was getting ready for work. akk is also @ home but she’s fasting today n she’s bz playing around with her laptop (add-drop session konon, but i know wat she’s actually doing), so her rezeki of kopok will b after maghrib nnt la.. saba ye..

around 9am, i opened my laptop n started ‘ym’ming n writing dis.. amru is now sleeping, akk said: "sian amru boring". how souldn’t he? his two eldest sisters r bz with their own world, while d others r not @ home, no one could entertain him, sorry la dikk..

now is 11.36, i’m ready to sign out from ym n save dis post. no significant info yet inside here, so it’s 2b continued.. salam~

~untukmu wanita~

Saturday, June 28th, 2008


wanita yang kusayangi

Wanita yang aku sayangi
Adalah pencinta Tuhannya
Yang mengalir cinta,takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu, dari hari ke hari
Sehingga perjanjian di antara jasad dan nyawanya berakhir…

Wanita yang aku rindui
Adalah wanita yang di mata dan wajahnya terpancar sinar Nur
Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Wanita yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Wanita yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar oleh kebendaan dunia

Wanita yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana yang tidak bermatakan benda

Wanita yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera-puteri yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuangan di belakang hari

Sesungguhnya
Wanita yang selalu berada di dalam doaku
Adalah diriku, dirimu dan seluruh kaum Hawaku…

Jadilah kita.. WANITA “Mujahidah” yang diimpikan itu..


pengakuan lelaki terhadap wanita

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.

Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.

Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.


Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.

"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga…

taken from www.iluvislam.com

lelaki idaman =)

Saturday, June 28th, 2008

" lelaki yang menjadi idaman kebanyakan wanita pastinya adalah lelaki soleh"

Soleh dapat didefinisikan
sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi
zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari
sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari
perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke
jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki
yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja
mereka berada dan pada bila bila masa sahaja.

 

 

 

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS

 



1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

 


2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.

 


3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

 


4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

 


5. Ikhlas dalam beramal.

 


6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

 


7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

 


8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

 


9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

 


10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

 


11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

 


12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

 


13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

 


14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

 


15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

 


16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa
saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.

 


17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

 

 

taken from:   http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=779

nasi ape yg baik?

Saturday, June 28th, 2008

jawapan: nasihat.
so marilah kite saling nasihat menasihati

lets njoy dis article, taken from:
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=980

Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila
ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang
juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur
orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain
orang, tak perlu jadi ‘busy body’. Adakah kita semakin menjadi manusia
yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi
alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau
memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin
dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah



Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah
kepada mereka yang ber’authoriti’. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz
atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu
menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang
keluarga yang tidak sempurna didikan agama.



Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu

Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya
manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan
terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri
sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat
yang membentuk manusia dari dalam dan luaran.
Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita
sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama
manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik,
pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain
kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja.
Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada
sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang
kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran
: 104)

Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya
Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang
terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada
kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada
masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya.
Menasihati bukan satu cara sahaja.
Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada
perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith
atau ayat al Quran yang kadangkala mad’s(orang yang ditegur/didakwah)
pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil
mengenainya.

Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan
mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada
kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui
tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan
diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum,
tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.


Allah melihat usaha kita

Pastinya, Allah tidak melihat kepada natijah kepada usaha kita.
Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian
dalam melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar.

antare si dia n si DIA.

Thursday, June 26th, 2008

[repost from www.umairzulkefli.blogspot.com]

Nukilan buat Sahabat yang Menyintai Kekasihnya.

Sahabatku…

Aku membaca luahan hatimu kepada kekasihmu,

Luahan yang kau abadikan di blog milikmu,

Kau luahkan segala perasaanmu kepadanya,

hingga kaukatakan’

"~~sungguh, hanyalah dirimu yang aku cintai..

dan sungguh, kukan di sisimu hingga kumati~~"

Kukira kau mahu semua orang mengetahui,

Bahawa kau amat mencintai kekasihmu itu.

Kau ingin berbangga memilikinya sebagai kekasih,

Lantaran segala pengorbanannya yang mengharukanmu.

Sehinga kuyakin,

Sesiapa sahaja yang membacanya pasti merasa,

Bertapa dalamnya cintamu kepadanya,

Dan tiada siapa yang mungkin mengingkarinya.

Tetapi…

Terharukah aku membacanya? Terharukah aku?

Lalu mengapa air mata ini mengalir?

Mengapa?

Namun hatiku membisikkan, aku bukan terharu..

Sebenarnya aku sedang terkesima ..

Terkesima melihat cinta seseorang yang diletakkan bukan pada tempatnya yang sebenar…

Sesungguhnya aku akan hanya terharu…

Jika yang kau cintakan itu adalah Rabb-mu…

Jika yang kau sayangi itu adalah Tuhanmu…

Pencipta dirimu…

Yang menciptakan segala yang ada pada dirimu,

Keluargamu,

Ibumu,

Ayahmu,

Kekasihmu,

Bahkan PERASAAN yang kau rasakan saat ini…

Kerana aku yang hina ini melihat…

Kau tidak meletakkan Allah sebagai cinta terATASmu…

Yang lebih kaudambakan hanyalah cinta dia,

Manusia biasa…

Walaupun dia Amat MenCintaimu..

Tapi ingatlah..

ALLAH LEBIH MENCINTAIMU…

Kerana DIA yang memberimu kebahagiaan yang kau kecapi kini…

Namun kerana cintamu kepada dia,

Seakan-akan kau melupakan DIA,

Kau lebih mahu memenangi hatinya

Daripada memenangi diriNYA,

Kau lebih ingin menyenangkan diri kekasihmu,

Tetapi kau telah mengingkari kasih KEKASIH sebenarmu…

Kau lebih ingin memenuhi kehendak dirimu serta kekasihmu,

Tetapi kau meninggalkan kehendak KEKASIH sebenarmu.

Kau amat takut andai kau terguris hati kekasihmu.

Tetapi sedarkah kau yang kau telah menoreh-noreh KEKASIH SEBENARMU,

Dengan melakukan larangan-laranganNYA…?

Satu analogi mudah buat situasimu ini…

Bayangkan jika kau mencintai kekasihmu itu,

Lalu kau berikan segalanya kepadanya,

Dan kau mendapati dia turut mencintai dirimu,

Dia juga memberikan segalanya kepada dirimu,

Namun akhirnya kau sedari,

Cintanya padamu hanya kerana rupa parasmu yang anggun,

Suaramu yang lunak-merdu,

Hanya itu!

Hanya kerana fizikalmu!

Dan seandainya fizikalmu hilang,

Cinta kekasihmu buatmu turut hilang…

Lalu kau menyedari itu bukan cinta sebenar,

Kau menyedari bukan dirimu yang dicintai dan dipuja selama ini,

Kau menyedari yang dirimu terasa dikhianati…

Bagaimana perasaanmu ketika itu?

Dan itulah analoginya,

Ketika Tuhanmu menyintaimu lalu memberikan segalanya padamu,

Lalu yang kau kembalikan,

Hanyalah cintamu kepada hambaNYA yang biasa,

Kau rasa bersyukur,

Hanya kerana memiliki hambaNYA,

Kau rasa gembira kerana layanan hambaNYA kepadamu,

Bukan sebenarnya kepadaNYA…

Kau merasakan kekasihmulah ang menghilangkan deritamu selama ini,

Tetapi sebenarnya DIAlah yang menghilangkannya.

Kau merasakan kekasihmu memberimu semangat untuk bangun kembali mengharungi hidup ini,

Tetapi sebenarnya DIAlah yang meniupkan semangat kepada jiwamu.

Kau merasakan kekasihmu itu yang membahagiakanmu selama ini,

Tetapi sebenarnya DIAlah yang meniupkan kebahagiaan kepadamu.

Kaumerasakan kau sangat bahagia apabila dicintai dan dkasihi kekasihmu,

Tetapi siapakah yang menciptakan perasaan cinta dan perasaan kasih itu?

Siapakah sebenarnya yang meniupkan perasaan cinta itu keadalam dirimu dan kekasihmu?

Juga yang meniupkan sifat pengasih kepada ibumu,

Juga kepada sesiapa sahaja yang mencintaimu.

Siapa?

Siapakah Ar-Rahim itu?

Siapakah Yang Maha Penyayang itu!?

Siapakah yang sebenarnya mencintaimu itu?

SIAPA!!??

DIAlah ALLAH!!!

ALLAH….

Ya…DIAlah ALLAH..

ALLAHlah yang menyintaimu sebenarnya,

Allahlah yang menyintaimu selama ini…

Lalu mengapakah kau tega melukakan diriNYA,

Dengan perbuatan-perbuatanmu,

Hanya kerana dikaburi cinta kepada kekasihmu itu…?

Sahabatku…

kau hanyalah hamba ALLAH,

kekasihmu juga hanyalah hamba ALLAH,

aku juga hanyalah hamba ALLAH,

hambaNYA yang sangat hina,

mungkin sahaja aku lebih hina daripada kalian,

namun…

Cinta kita kepadaNYA perlu melebihi segalanya,

Bukan setakat lafaz di bibir,

Tetapi dengan pembuktian pengabdian yang nyata,

Melakukan yang diperintah,

Meninggalkan yang dilarang…

Tidakkah kau merisaukan,

Tibanya suatu hari,

Di mana kau dan kekasihmu berseteru di hadapan ALLAH,

Saling menyalahkan antara satu sama lain,

Masing-masing mengatakan diri sendiri tidak bersalah,

Kau sehabis mungkin mengatakan bahawa kekasihmu itulah yang menjerumuskanmu,

Menjermuskan dirimu kedalam lembah kesilapan ini,

Dan ketika itu pasti dia menjadi orang yang paling kaubenci sekali.

Tidak risaukah kau?

Sanggupkah kau?

Kerana inilah yang difirmankan oleh KEKASIH SEBENARMU,

"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.”

[Surah Az-Zukhruf, Surah 43, Ayat 67]

Sahabatku…

To love somebody is nothing,

To be loved by somebody is something,

But…

To be loved by ALLAH is EVERYTHING…

Remember always my friend…

ALLAH LOVES YOU…

MORE than you love yourself…

the veil~

Wednesday, June 25th, 2008

The Veil [repost]

They say, Oh, poor girl, you’re so beautiful you know
It’s a shame that you cover up your beauty so.

She just smiles and graciously responds reassuringly,
This beauty that I have is just one simple part of me,
This body that I have, no stranger has the right to see,
These long clothes, this shawl I wear, ensure my modesty,
Faith is more essential than fashion, wouldn’t you agree?

This hijab,
This mark of piety,
Is an act of faith, a symbol,
For the world to see.
A simple cloth, to protect her dignity.
So lift the veil from your heart to see the heart of purity.

They tell her, girl, don’t you know?
This is the West and you are free?
You don’t need to be oppressed, ashamed of your feminity.
She just shakes her head and
She speaks so assuredly

See the bill-boards and the magazines
That line the check-out isles,
With their phony painted faces and their
Air-brushed smiles?
Well their sheer clothes and low cut gowns
They are really not for me,
You call it freedom, I call it anarchy.

This hijab,
This mark of piety,
Is an act of faith, a symbol,
For all the world to see,
A simple cloth, to protect her dignity.

So lift the veil from your heart to see the heart of purity,
Lift the veil from your heart to seek the heart of purity.

prinsip hidupnya…

Tuesday, June 24th, 2008

5 prinsip hidup IMAM HASSAN AL-BANNA:

[A]llahu ghaayatuna

[A]llah matlamat kami

[A]llah is our objective

[A]r-Rasul qudwatuna

[R]asul ikutan kami

[R]asul is our leader

[A]l-Quran dusturuna

[A]l-Quran perlembagaan kami

[Q]uran is our law

[A]l-jihad sabiiluna

[A]l-jihad itu jalan kami

[J]ihad is our way

[A]l-Mautu fisabiilillah asma amanina

[M]ati pd jalan Allah cita-cita kami

[D]ying in the way of Allah is our highest hope

solat n budak-budak

Sunday, June 22nd, 2008

assalamualaikum warahmatullah wbt..

mlm ni tetibe timbul idea utk ckp psl solat disebabkan satu kjadian ngan adik
ana td.. act td ana dah ‘ter’pukul adik ana yg liat nak solat. sabda Rasulullah
s.a.w:

“Suruhlah anak-anak kamu
mengerjakan solat apabila berusia 7 tahun dan pukullah mereka jika
meninggalkannya bila berumur 10 tahun dan pisahkanlah mereka di tempat tidur”. (Riwayat
Ahmad, Abu Daud dan Al - Hakim)

 

tp adik ana tu umo die baru 8 taun.. td tu, ana cume pukul
sket je ngn hanger psl die ni jenis x mkn saman.. rasenye ana pukul x sakit sbb
die x nanges pn tp die agak t’kjot la dgn tindakan ana yg slame ni nmpk cool
je.. heheh..

dipanjangkan cte, mgrb td my parents were not around. tggl ana ngn 3 org adek2
kcik dr umo 5-10 taun. dsbbkn dorg ni kecik lg, solat pn x btol sgt (mcm la
solat ana btol sgt..), so biasenye dorg akn jd makmum, ikut ana solat.. itupn
stelah di"pakse" utk solat. alkisahnye adik ana yg umo 8 taun ni mmg
sgt2 susah nk ajak solat. biasenye ana cume takut2kan camni: "angah suruh
abah rotan kang", tp dsbabkn abah x rotan, die pn dah x heran klo ana ckp
camtu pn. abah x rotan sbb die baru 8 taun, (tp abah pnah rotan jugak - ana yg
suruh sgt abah rotan psl da x tahan - sabar manusia ade hadnye..). mgkn jugak
abah dah x larat nk "pakse" anak2 yg bawah2 ni, abah harapkan ktorg
yg dah besa2 ni tlg skali dlm m’didik ank2 yg kcik2.. bese la, adek badik
ramai, mane x penat mak ayah..

dipendekkan semule cte ni, lps ana pukul die, ana cool blk (mcm xde pape) n suh
die solat mgrb.. agak b’kesan la jugak nmpknye sbb time isyak tu pn snang je nk
ajak die solat.. lpas isyak tu ana ckp "angah pukul td sbb angah syg ali
(bukan name sebenar), angah x nak ali masuk nerake..". biasenye die suke
m’jwb ntah pape tp kali ni die snyp je.. diam tande stuju kot.. smoge prubahan
ni bkn utk mlm ni je, amiin..

ape yg ana nk stresskan kt cni ialah ENFORCEMENT. kte kne tegas, klo kte jz
suruh budak2 ni solat tp dlm hati kate "sukati ko la nk solat ke x.. aku
da suruh..", mmg akn kurang berkesan esp utk budak2 yg same spesis ngn
adek2 ana ni.. mmg la at first dorg solat tu mcm x ikhlas je (juz nk puaskan
ati kte), tp lame2 ble solat tu dah sebati dgn die, kte x payah suruh dah..
insyaAllah dorg sndiri akn rase x tenang klo x solat. bak kate pepatah
“melentur buluh biar dr rebungnye”.. klo x biase solat mase kecik2, da besa nnt
lg liat nk solat.

 

kte sume tau solat ni salah satu rkun islam.. x lgkp islam
seseorg tu klo x cukup satu rukun.. solat adelah amalan pertame yg akn disoal pade hari kiamat. klo dah solat pn x
cukup, amalan lain pn dah x dikire though bertimbun2 amalan2 kebajikan yg kte
buat.. x ke rugi namenye tu??

 

firman Alah
s.w.t yang bermaksud :

“…maka
dirikanlan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan
waktunya ke atas orang-orang mukmin”. (an-Nisa, 4 : 103)

 

hadis2 nabi
pn byk yg ckp psl kpentingan solat, antaranye:

“Solat itu
tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya, dia akan menegakkan agamanya. Sesiapa
yang meninggalkannya, dia akan meruntuhkan agamanya”. (riwayat Baihaqi )

 

dan jgn
lupe solat la yg m’bezakn antare org
Islam n org kafir
, sprt dlm sabde Rasulullah s.a.w:

“(Batas)
antara hamba dan kekufuran adalah meninggalkan solat.” (riwayat At-Tirmidzi dan
Abu Daud, also by Muslim)

“Ikatan
antara mereka dan kita adalah solat, barangsiapa meninggalkannya maka ia telah
kafir.” (riwayat At-Tirmidzi dan Nasa’i)

firman Allah swt dlm al-Quran: “…sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji
dan mungkar
…” (al-Ankabut : 45)

so, boleh dikatekan salah satu punce
msalah sosial d klangan msyrkt arini adelah disebabkan oleh sikap mngabaikan
solat. percayelah, sape2 yg solat akan terhindar dr melakukan maksiat.. itu
kate2 Allah sndiri. mgkn timbul persoalan, knape ade org yg solat tp still wat
maksiat eg. b’zina? so, kte tgk balik solat die, cukup ke? klo ckup, kte tgk
lak btol ke solat die tu, or skadar tonggang tonggek? ape yg ana perasan, byk ke’kureng’an dlm
solat yg sering b’laku tp org x sedar. contoh:

- wuduk x sempurne – x meliputi keseluruhan anggote
wuduk. contohnye nk basuh tgn ke siku tp air x smpi betul2 ke siku.. da same
goes to basuh kaki tp x smpi ke buku lali (xkan x knal buku lali kot)

- x tutup aurat dgn smpurne esp d klangan wanita. plg common:
pki telekong yg jarang n mnampakkan batang leher or kain yg singkat lalu
mnmpkkan kaki ketike b’sujud.

- then, lps abis solat x mnympat2 doa, trus blah or main2
henset. Rasullullah b’sabde org yg x b’doa lps solat adelah org yg sombong dgn
Allah. Allah sntiase sedia m’dgr p’mintaan hambe2Nye tp kte pulak x amik pluang
utk mminte pd Allah.

- x taula nak kejar ape, ade yg solat laju sgt smpi xde
thama’ninah (berhenti sebentar) sdgkan thama’ninah ni t’masuk dlm rukun solat.
sujud kne thama’ninah, rukuk kne ade thama’ninah, bgn dari rukuk, duduk tahiyat
etc sume kne thama’ninah..
tp rmi yg sujud / rukuk x smpi 1 saat
da bangun..
tu kire xde thama’ninah la tu.. cube solat rilek2 sket, tenang2.. baru kte dpt
m’hayati solat tu, dpt la khusyuk sket =).  Sabde Rasulullah s.a.w b’knaan thama’ninah
(
berketetapan / berhenti sebentar) :
 

“Dari Abu
Hurairah r.a.,katanya: Nabi bersabda: Apabila engkau telah berdiri untuk
solat, bertakbirlah, kemudian bacalah apa yang mudah (apa yang engkau hafal)
dari ayat-ayat al-Quran. Kemudian rukuklah
hingga engkau
berketetapan dalam
rukuk
itu, kemudian angkatlah kepala
hingga engkau berdiri tegak
, kemudian sujudlah hingga engkau berketetapan di dalam sujud. Kemudian angkatlah
kepalamu hingga engkau berketetapan
dalam duduk
, kemudian sujudlah hingga engkau berketetapan pula dalam sujud, kemudian lakukanlah yang demikian
dalam seluruh solatmu.” (riwayat Ahmad, Al Bukhari dan Muslim)

 

- x kurang jugak yg solat lewat, bile waktu dah dkt nak abis
(ni salah satu punce org solat laju). klo subuh tu, asik subuh gajah je, jarang
dpt solat dlm waktu suboh btul2.

- n byk lg la kkurengan2 lain yg x trungkap dek kate2, tu x
masuk lg bab khusyuk dlm solat. start takbir, focus pn lari kmane2 tah.. ble da
bg salam, x ingat pulak ape yg kte pk time solat td.. (pngalaman sndiri..kantoi..)
huh.. mmg susah nk khusyuk solat.. mgkn byk dose kot ana ni.. astaghfirullahalazim.

kdg2 kte x sedar kelemahan solat
kte, byk cacat sane cni yg mnybabkn solat kte susah utk diterime oleh Allah,
kte x tau kan?? so, buatla solat sunat sebelum n slpas solat fardhu tu sbb solat sunat ni  sdikit sbanyak
leh cover kkurangan solat kte. maha penyayang Allah, sntiase
bg pluang kt kte utk m’perbaiki diri, tol x?? Alhamdulillah.. aku bangge m’jadi
Muslim.. aku bangge agameku adelah Islam yg syumul..

 

p/s: mohon maaf jike ade kate2 yg
mnyentuh or m’guris hati mane2 pihak.. segale klemahan adelah drpd diri sy
sndiri.. wassalam

 

 

 

Solat_jemaah

Budak_solat




lain2 dalil mngenai solat:

 

Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata:

Nabi saw. bersabda: Islam dibangun di atas lima perkara: mengesakan
Allah, mendirikan salat, membayar zakat, puasa Ramadan dan menunaikan haji.

 

Abdullah
bin Mas’ud berkata:“Sesungguhnya aku mengamati (masyarakat) kami bahawa tidak
seorang pun yang meninggalkan solat kecuali orang munafik yang telah diketahui
kemunafikannya.” (riwayat Muslim)


“Solat lima waktu dan satu Jumaat
dengan Jumaat setelahnya adalah penghapus dosa yang terjadi di antara semuanya,
selama dosa besar tidak dilakukan.” (riwayat Muslim)


Saad bin
Abi Waqash berkata:

Rasulullah
bersabda: Sesungguhnya perumpamaan solatnya itu seperti sungai airnya bersih
dan mengalir di depan pintu(rumah) salah seorang dari kamu; dia mandi ke dalam
sungai itu setiap hari lima kali, maka tidaklah lagi kamu lihat kotorannya.
Sesungguhnya kamu tidak mengetahui nilai –nilai solatnya.” (riwayat Malik,
Ahmad dengan sanad yang baik (hasan), An-Nasa’i dan Ibnu Hibban dalam sahihnya)

luahan hati..heheh

Wednesday, June 11th, 2008

testing.. testing.. 1 2 3

testing.. testing.. a b c

testing.. testing.. alif ba ta

adehh.. xde idea la nk post ape kt blog ni~

da dkt smgu dah bukk nih..

welcoming myself~

Sunday, June 8th, 2008

Smile bismillahirrahmanirrahim

salam to all..

ni 1st time ana wat blog, saje suke2 utk isi mase lapang esp time cuti ni..

xde prancangan lg nk tulis ape dlm blog ni but mayb..emm..i’m thinking of putting some tazkirahs inside here..

so..do
visit my blog n see wat i gonna post..hehe.. rasenye tazkirah2 yg
simple2 je kot but hopefully they may benefit all of us (myself
especially) ..

(^^,) (^^,) (^^,) (^^,) (^^,) (^^,) (^^,) (^^,) (^^,) (^^,) (^^,) (^^,) (^^,) (^^,)

feel free 2 comment if u wanna do so.. k.. i need ur support :: tq in advance.. =D

ok la yer… dats all 4 now… wassalam

Emot    
Emot_2
Emot_1